Bila hari khamis menjelang tiba, hati ini akan gelisah nak balik ke Miri. My place and my lovely home. Mulalah nak packing, kemas rumah sikit. Check passport, itu yang penting kerana tanpa benda tu, saya akan dituduh pendatang tanpa izin di negara asing yang akan saya lalui. Besok, hari jumaat saya akan bertolak awal, perasaan takut ada juga dalam hati.Kemungkinan banjir akan melanda lagi dan ini akan merumitkan perjalanan yang telah lama dirancang.
Jalan alternatif dah dirancang sekiranya banjir melanda Negara Brunei , iaitu daerah Tutong.Akan tetapi jika kawasan rendah di Batu Danau iaitu dalam bahagian Limbang digenangi air, maka segalanya akan terputus hubungan melalui jalan darat, kerana jalan itu adalah satu-satunya exit dan entry point untuk Daerah Limbang. Mohon kepada ALLAH semoga perjalanan selamat pergi dan selamat kembali. AMIN. Dan harap dapat sampai awal dan sempat bersolat jumaat di Miri.
Thursday, February 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment